Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam akui rimas apabila sering diajukan pertanyaan mengenai anaknya, Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Jawab Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin? – ‘Kalau Betul Pun Saya Tak Boleh Komen, Nanti Jadi Lain’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Welcome Back’ – Ramai Excited Syamsul Yusof Kembali Aktif Di IG, Muat Naik Momen Bersama Anak-Anak
‘Saya Akan Jawab Jujur’
Ketika ditemui OhBulan!, Yusof berkata dia juga berasa tidak selesa apabila terpaksa mewakili anaknya untuk menjawab pelbagai spekulasi dan dakwaaan yang bertebaran dalam media sosial.
Bagaimanapun kata penerbit yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ itu, dia menghormati kerja pengamal media dan akan memberikan jawapan sebaik yang mungkin.
Kalau media tanya saya, memang saya akan jawab dengan jujur. Syamsul tak balik rumah saya akan cakap dia tidak balik, nak bohong macam mana. Saya harap semua orang terima realiti.
Terus terang saya rimas (beri kenyataan mewakili Syamsul), isteri saya pun begitu. Namun sudah menjadi asam garam selebriti, kena terima semua itu.
Saya juga tidak boleh nak membelakangkan wartawan, saya faham kerja mereka. Saya akan berikan jawapan yang terbaik.
Yusof berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem berjudul Ngesot yang berlangsung di mmCineplexes, Berjaya Time Square, pada Selasa.
Terdahulu, Yusof enggan mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan menantunya iaitu Ira Kazar sudah melahirkan cahaya mata sulung.
Yusof berkata, dia dan isteri tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut memandangkan mereka juga sudah lama tidak berhubung dengan anaknya, Syamsul Yusof.