Selain ahli keluarga dan sanak saudara, berita pemergian pelakon popular, Allahyarham Ridzuan Hashim turut mengejutkan ramai rakan selebriti termasuk pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam.
Artikel Berkaitan: Dah Sediakan Baju & Tiket Penerbangan, Anak Sedih Ridzuan Hashim Tak Sempat Ke Majlis Pernikahan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Maafkan Segalanya, Reda Dengan Pemergian Dia’
Artikel Berkaitan: Ridzuan Hashim Meninggal Dunia
Pelukan terakhir
Menerusi temu bual bersama Hlive, Yusof berkata dia tidak menyangka apabila pelukan yang diberikan oleh Ridzuan kepadanya sekitar tahun lalu merupakan yang pertama dan terakhir buatnya.
Jelas Yusof, Allayarham ketika itu sudah menunjukkan tanda tidak sihat namun masih kuat bekerja demi menyelesaikan lakonannya dalam drama terbitan Skop Production dan Astro Shaw berjudul Kuasa.
Dia seorang yang sangat berdisiplin dan menepati masa. Dia pernah berlakon dengan Skop Production berjudul Kuasa.
Waktu itu saya sudah lihat dia macam tidak sihat, tetapi dia kata dia ok dan kuat. Kemudian dia peluk saya, dia tak pernah peluk saya.
Saya pesan pada dia jangan paksa diri walaupun saya tahu dia seorang yang kuat semangat. Saya juga faham dia kuat kerana mahu mencari rezeki.
Walaupun dia tak sihat dia tetap menghabiskan kerjanya dengan baik dalam siri Kuasa.
Dia ada masuk hospital dan kemudian dia keluar dari hospital dia maklumkan sudah semakin baik.
Terdahulu, Yusof antara rakan selebriti yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ketika upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, malam Khamis.
Ridzuan atau nama lengkapnya Mohd Ridzuan Hashim, 62, dilaporkan meninggalkan dunia kira-kira jam 2.50 petang Khamis akibat serangan jantung selepas rebah ketika sedang bersarapan di kediamannya.
Untuk rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pelawak dan pengacara popular, Didie Alias pada 1992. Namun, rumah tangga dibina tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2002.
Hasil perkongsian hidup bersama Didie, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sumber: Instagram