Perkongsian terkini pelakon dan penyanyi terkenal Datuk Yusry Abdul Halim mengenai isteri tercinta, Datin Lisa Surihani telah menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Susun 10 Jari Memohon Maaf’ – Lisa Surihani Bakal Tunai Haji, Doa Urusan Ibadah Dipermudahkan

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Duit Simpanan, Berjimatlah, Sekarang Bukan Masa Untuk Berbelanja’ – Yusry 

Yusry rindu

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Yusry, 52, meluahkan rasa rindu terhadap suri hatinya itu yang kini sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Pada hantaran yang sama, anggota kumpulan KRU itu dilihat turut berkongsi foto Lisa berserta curahan hatinya.

Rindu sangat pada cinta hati saya.

Baru lapan hari sahaja, lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh dengan pelantun lagu Dekat Padamu itu kerana meluahkan perasaannya secara terbuka di Threads yang dilihat seolah-olah seperti status peribadi. 

Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan agar Lisa dikurniakan haji yang mabrur serta dipermudahkan urusannya sepanjang menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Yakin bukan silap posting? Ini Threads tau, bukan status WhatsApp.

Dia punya rindu dan kesunyian sampai buat Threads, sweetnya.

Macam inilah perkahwinan yang baik. Makin lama, makin sayang.

Terdahulu, pasangan selebriti ini reda apabila rayuan permohonan visa haji Yusry tidak diluluskan dan mereka tidak dapat melaksanakan ibadah haji bersama.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram, Lisa memaklumkan bakal berangkat ke Tanah Suci dan memohon kemaafan daripada semua individu yang mengenalinya.

Sumber: Threads