berita

Zaaim Juara Mentor 7, Bawa Pulang Kereta & Wang Tunai RM80k. Tahniah!

December 31st, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Mentor 7 malam tadi akhirnya telah melabuhkan tirai apabila Zaaim selaku protege kepada Siti Nordiana dinobatkan sebagai Juara. Beliau yang mempersembahkan lagu Gemuruh duet bersama Lan Solo serta Bukan Rayuan Gombal berjaya memikat hati juri tetap dan penonton di dewan.

Saingan sengit daripada Pasya, Azmirul serta Ranisha telah menghangatkan lagi pentas akhir Mentor 7. Apa-apapun tahniah kepada semua peserta!

Persembahan memukau dari Zaaim

Memenangi Persembahan Terbaik tiga minggu berturut-turut, Zaaim menepati ramalan orang ramai apabila muncul sebagai juara. Kemenangan itu melayakkan Zaaim atau nama sebenar Zaaim Abduah membawa pulang sebuah kereta tajaan Aerocar dan hadiah wang tunai RM80,000 serta trofi.

Persembahan bertenaga Pasya

Naib Juara pula dimenangi protege kepada Aizat Amdan iaitu Pasya dengan membawa pulang wang tunai RM40,000. Persembahan Pasya malam tadi turut mendapat pujian daripada juri apabila duet dengan Jaclyn Victor menerusi lagu Bohemian Rhapsody dan lagu solo Bunga Bunga Cinta dibawa dengan dengan sangat baik. Boleh dikatakan Pasya adalah saingan sengit kepada Zaaim.

Markah penuh untuk Azmirul

Persembahan Azmirul menerusi lagu Bagaikan Sakti dan Laksamana Raja Di Laut juga apa kurangnya! Beliau mendapat markah penuh daripada juri awam, Mas Idayu selaku juri tetap turut memberikan komen yang positif sekaligus melayakkan beliau menyandang kedudukan ketiga. Protege kepada Hafiz ini membawa pulang wang tunai RM20,000.

Vokal padu Ranisha

Manakala kedudukan keempat pula dimenangi protege Datuk Syafinaz iaitu Ranisha dengan membawa pulang RM10,000. Meskipun mendapat tempat terakhir, Ranisha diakui mempunyai vokal yang sangat mantap sehingga mendapat 18 markah daripada juri awam.

Komen positif penonton

Tahniah kepada semua pemenang. Diharapkan kehadiran mereka ini mampu memeriahkan lagi seni industri hiburan tanah air.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×