Pelakon Zahirah Mac Wilson baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29, semalam. Berikutan daripada itu, suaminya yang juga merupakan pelakon, Aiman Hakim Ridza telah memuat naik satu posting beserta ucapan istimewa buat isteri tercinta.
Artikel Berkaitan: Sifatkan Zahirah Macwilson Sebagai Hadiah Paling Terbaik, Ramai Tersentuh Dengan Ucapan Aiman Hakim Ridza – ‘Thats All I Need’
I love you
Menurut Aiman, sejak beberapa bulan yang lalu, dia sangat sibuk menjalani penggambaran dan melakukan pelbagai kerja berkaitan pengubahsuaian rumah. Tambah Aiman, kesibukan itu masih berterusan sehingga kini.
Beberapa bulan ini memang sangat penat dan sibuk. Dari shooting, renovation sampai la setting back untuk projek seterusnya. Otak saya penuh dengan banyak benda sampai jalan balik rumah boleh silap.
Bahkan, semasa hari jadi isteri saya pun kami masih sibuk. Saya tahu ini bukan sambutan yang terbaik tetapi saya nak Zahirah tahu yang kami sentiasa ada untuk satu sama lain.
Meskipun tidak dapat menyambut hari kelahiran Zahirah secara meriah, Aiman berkata, dia sentiasa ada untuk isterinya itu.
Ia akan jadi memori buat kita untuk bercakap semasa hari tua nanti. Saya mahu mengucapkan selamat hari jadi yang ke 29 to this amazing woman. I love you dan terima kasih kerana sentiasa jadi diri awak sendiri. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati.
Menjengah di ruangan komen, Zahirah turut meluahkan ungkapan ‘I love you’ terhadap Aiman. Lebih mencuri tumpuan, Zahirah sempat berseloroh dan berkata, Aiman meminta tolongnya untuk memeriksa ‘grammar‘ sebelum memuat naik posting tersebut di Instagram.
Sumber: Aiman Hakim Ridza