berita

Zahirah Macwilson Kantoi Berpegangan Tangan Dengan Zul Ariffin. Eh, Siapa Dia Ni?

November 4th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

zahirah macwilson

Fuh. Kisah Zahirah Macwilson berpegangan tangan dengan pelakon sado yang juga kekasih Gayathri, Zul Ariffin tersebar luas di laman sosial semalam.

Selain mempersoalkan bagaimana status hubungan mereka sedangkan Zul dan Gayathri masih lagi berpacaran, ramai juga yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Zahirah Macwilson ni. Dangar kata bukan jenis cantik bimbo ya!

Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson

Screen Shot 2015-11-03 at 3.22.34 PM

La.. baru berusia 20 tahun sebenarnya Zahirah Macwilson ini ataupun nama sebenarnya Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson. Berdarah campuran Melayu dan Australia. Patut le cantik semacam. Kalau korang nak tahu, Zahirah ni adalah anak kepada bekas pelakon dan penyampai TV3, Zainol Johari Macwilson tu!

“Papa banyak memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada saya. Dia pun berkongsi tips dan asam garam kehidupannya dulu yang pernah bergelar pelakon. Sebetulnya, dia sendiri tidak sangka saya boleh berlakon apabila melihat lakonan saya di TV.”

“Dia juga banyak memberi nasihat kepada saya supaya pandai menjaga diri walau di mana saya berada. Katanya lagi, kalau boleh selepas penggambaran, janganlah diteruskan dengan aktiviti lepak yang membuang masa dan tidak berfaedah. Nasihatnya selalu menjadi pegangan saya untuk terus mara dalam karier yang baru bermula ini.” – sumber: tonton extra

macwilson 2

Belajar di Universiti Curtin, Australia

Screen Shot 2015-11-03 at 3.36.55 PM
Berasal dari Kuala Lumpur, Zahirah Macwilson juga merupakan seorang model dan memiliki Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Curtin, Australia. Beauty with brains gitu! Sumber: Nota info & Beautifulnara

Tapi menurut Sinar Harian pula Zahirah menangguhkan pembelajarannya buat sementara waktu demi minatnya dalam bidang lakonan. Mana satu betul?

Screen Shot 2015-11-03 at 3.42.36 PM

Bukanlah pelakon baru sangat sebab…

Antara drama yang pernah dilakonkan oleh Zahirah Macwilson adalah Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mr London Ms Langkawi dan yang terbaru ini Mencintaimu bersama Sharnaaz Ahmad.

Screen Shot 2015-11-03 at 4.05.34 PM

Tapi, siapa dia disisi Zul Ariffin?

Screen Shot 2015-11-03 at 2.48.54 PM

Ya. Seperti yang tersebar semalam, katanya individu ini terserempak dengan Zul Ariffin yang sedang makan bersama Zahirah Macwilson sambil berpegangan tangan.

Namun, sebenarnya ini bukan kali pertama mereka dikatakan ‘berdating’, sebelum ini foto mereka keluar bersama di Damansara juga telah tersebar.

Screen Shot 2015-11-03 at 4.21.16 PM

“Saya sebenarnya tidak mengetahui mengenai perkara ini sehingga ada meminta komen saya dan sudah tentu saya terkejut. Ini kerana saya dan Zul hanya rakan biasa dan kami berjumpa pun secara kebetulan selain tidak berbual panjang pun ketika berjumpa tempoh hari.” Sumber : mStar Online

Jadi, betul ke tidak? Tunggu jelah!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×