Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson menjadi tumpuan sejak semalam berikutan pendedahan berhubung isu rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Kongsi Gambar Mata Lebam, Netizen Mula Berteka-Teki – ‘Dia Kena Dera Ke?’
Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Dedah Mata Lebam Sebab Dipukul Suami, Sudah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Selama 20 Tahun
Kisah sedih
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson dilihat meninggalkan komen pada satu hantaran tentang kisah sedih.
Tuliskan kisah sedih dengan hanya menggunakan tiga perkataan.
Aktres berusia 39 tahun itu kemudian menulis dengan ringkas kisah sedihnya.
Berdasarkan tinjauan OhBulan!, hantaran tersebut dimuat naik pada 24 Februari tahun ini.
Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.
Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber: Threads Zahnita