berita

‘Zaim Banyak Tolong Abah Dekat Kebun, Sekarang Ni Allah Beri Kebun Syurga Buat Kau Zaim’

October 2nd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Jodoh, rezeki, ajal dan maut telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dari rahim ibu lagi. Kita sebagai Muslim hendaklah berserah dan menerima takdir ini dengan hati yang ikhlas. Tetapi perasaan kehilangan orang yang tersayang terutamanya ahli keluarga dalam sekelip mata merupakan satu pengalaman yang sangat memeritkan.

Seperti pengalaman sedih yang dikongsikan pengguna Facebook, Ismalafira apabila mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian abangnya, Muhammad Zaim Ismail dan isteri, Siti Rosmini Mohamad. Pasangan ini terlibat dalam kemalangan maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas lalu dirempuh treler muatan gas di laluan bertentangan baru-baru ini.

Kisah Zaim

Zaim merupakan anak kesembilan dari dua belas orang adik beradik. Dalam family ni, abang sulung je panggil abang, yang lain panggil nama je sebab ramai sangat. Teringat masa kecil, mama cerita kalau Zaim nak pergi sekolah tadika mesti kena Nora teman, kalau Nora tak pergi sekolah, Zaim pun tak pergi lah. Masa tu Nora umur 4 tahun, Zaim 6 tahun.

Kalau balik kampung Pasir Putih, kami mesti main pasir sekali. Bila masuk sekolah rendah, tinggal kami yang peringkat adik-adik ni lah duduk rumah dengan mama abah. Abang-abang dan kakak sekolah menengah dan ada yang dah kerja. Jadi dekat rumah waktu tu Zaim lah paling besar, suka sangat usik kami yang kecil-kecil ni. Biasa lah budak-budak lagi.

Zaim selalu kena buli

Tingkatan 1, mama abah hantar Zaim ke Maahad Muhammadi Lelaki (MML), Kota Bahru. Abah cakap nak hantar anak-anak semua sekolah agama sebab abah dulu tak sempat mengaji sekolah agama.

Kejap je Zaim dekat MML sebab selalu kena buli. Kasut sekolah selalu hilang. Kehidupan dekat asrama kan, biasa lah. Siapa kurus duduk lah MML sbb selalu menangis. Kecil-kecil dulu berisi juga lepastu Zaim mintak dengan mama abah nak sekolah lain. Mama abah hantar lah sekolah dekat dengan rumah.

Sekolah Menengah Agama Pak Kancil Setiu, masa tu mama abah dekat kilang sawit Chalok Barat Setiu. Bila abah pencen, balik kampung Pasir Putih. Zaim pun tukar sekolah dekat dengan rumah Pasir Putih. Sekolah Zaim semua dekat-dekat dengan mama abah tinggal. Tak pergi jauh-jauh.

Zaim pilih untuk kerja dengan abah

sekadar gambar hiasan

Bila abah beli rumah dekat Gua Musang, Zaim tak habis lagi belajar dekat Pasir Putih dan tinggal dia seorang je dekat rumah Pasir Putih. Banyak dugaan yang dia hadapi masa mama abah tak duduk sekali dengan Zaim. Zaim pernah kena fitnah macam-macam. Dia tak memberontak atau marah pun. Zaim hanya bonceng motor pergi dekat tempat-tempat yang boleh tenangkan diri.

Mama abah lah selalu dengar dan bagi nasihat kalau Zaim ada masalah. Zaim tak akan cerita masalah dia kecuali kalau mama abah tanya. Dia seorang yang tak mudah luah perasaan hatinya yang sedih, dia cuma pendam dan tak banyak cakap.

Bila habis belajar dekat sekolah Pasir Putih, Zaim sambung belajar dekat politeknik. Habis je belajar, duduk rumah je. Sampai suatu masa, abah tanya nak sambung belajar ke atau nak kerja dengan abah dekat kebun. Zaim pilih nak kerja dengan abah dekat kebun.

Zaim kahwin dengan Kak Mini

Bermula dari situ, Zaim banyak tolong abah buat kerja-kerja dekat kebun. Kerja dekat kebun bukan mudah, memang sangat penat. Masuk kebun pukul 7 atau 8 pagi dan balik pukul 6 hingga 7 petang. Tapi abah dengan Zaim okay je sebab nobody ever drowned in his own sweat. Walaupun letih, kerja dekat kebun memang tenang. Tak stress.

15 Ogos 2018, Zaim dijodohkan dengan Kak Mini, orang Gua Musang juga. Majlis kahwin mereka sangat simple. Kehidupan Zaim dan Kak Mini sangat sederhana, tak ada kereta sendiri, tak ada rumah sendiri cuma ada rumah sewa.

Lepastu Zaim dan Kak Mini jual sate dekat bandar utama Gua Musang untuk sara kehidupan. Zaim tak bagi Kak Mini kerja pejabat sebab tak nak jauh-jauh sebab nak Kak Mini ada bersama dekat rumah.

Pakai tudung tak labuh pun

Sekadar foto hiasan

Kak Mini memang bagus, walaupun tak suka keputusan Zaim, Kak Mini tetap taat. Tak pernah bantah. Kak Mini ada juga cerita sebelum ni dia pakai tudung biasa-biasa je, tak labuh pun. Walaupun Zaim bukan macam ustaz, tapi Zaim suka kalau Kak Mini pakai jubah, tudung labuh, purdah, stokin kalau keluar rumah.

Kalau bab pakaian, Zaim lebih suka kalau Kak Mini pakai jubah dan warna gelap-gelap. Kadang-kadang ada juga Zaim bagi Kak Mini pakai baju selain warna gelap asalkan tak menyerlah dan menepati syariat.

Kehidupan Zaim pagi-pagi masuk kebun sawit tolong abah. Malam-malam jual sate dengan Kak Mini. Zaim seorang yang mudah disuruh. Kalau mama abah dan abang-abang minta tolong, terus buat tak banyak songeh.

Allah jemput umi abi Adila

Dalam beberapa bulan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Nur Adila Syuhada, baby Adila dilahirkan tak cukup bulan, sempat 4 hari bersama umi dan abinya sebelum pergi buat selama-lamanya.  Pada 27 september 2019, Allah jemput umi abi Adila pula.

Mereka terlibat dalam kemalangan maut.. Sekelip mata sahaja dan sangat mengejutkan kami sekeluarga. Allah lebih sayangkan kalian semua. Bahagialah kalian bersama keluarga tercinta di sana. Sebelum pergi buat selamanya, Kak Mini sempat sedekahkan bayam brazil kepada kawan-kawan.

Dulu, waktu buat family meeting abah ada cerita pasal kebun dan harta abah, kami nampak Zaim sahaja pengganti tempat abah nanti sebab dia banyak tolong abah uruskan kebun. Abang-abang dan kakak pun banyak tolong dari segi kewangan untuk memudahkan urusan pertanian ini.

Bak kata abang Ime, anak ke 6 ‘Zaim banyak tolong abah buat kerja dekat kebun, sekarang ni Allah Taala beri kebun syurga buat kau Zaim. Selamat  beristirehat Zaim di kebun syurga bersama keluarga’.

Sumber: Ismalafira

 

SKIP THIS AD ×