berita

Zain Saidin Dituduh Sombong Tak Mahu Bergambar

December 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

zain saidin

Rasanya dalam seminggu mesti dua tiga kali cerita mengenai Zain Saidin mahupun Rozita Che Wan memenuhi ruangan akhbar dan portal.

Lebih-lebih lagi apabila pasangan romantis ini dikurniakan anak secomel Aaisyah Dhia Rana. Makin ramai yang sakit hati dengan kebahagiaan mereka kot?

Tak cukup dengan itu, baru-baru ini keluar pula desas-desus bahawa Zain Saidin bersikap sombong kerana menolak permintaan peminat yang mahu bergambar dengannya bersama-sama Aaisyah.

zain saidin

“Saya terkejut apabila tiba-tiba ada orang memberi komen menuduh saya sombong apabila kononnya melihat saya tidak melayan peminat ketika diminta untuk bergambar bersama anak saya, Aaisyah Dhia Rana.

Sedangkan ketika itu anak saya sedang menangis kerana lampinnya perlu ditukar. Tetapi individu yang melihat itu membuat andaian sendiri dan meletakkan komen di Instagram sehingga menimbulkan fitnah kepada pengikut-pengikut lain.

Bukannya saya sengaja tidak mahu bergambar. Selama ini saya mahupun isteri (Rozita Che Wan) tidak mempunyai masalah jika sesiapa datang pada kami.”

aaisyah dhia rana

Zain turut memberitahu bahawa dia perlu mengutamakan anaknya terlebih dahulu daripada memilih untuk bergambar dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tanpa usul periksa sekiranya berlaku lagi kejadian seperti itu.

Betul juga kata Zain tu. Takkanlah masa tengah sibuk menukar lampin anak boleh berhenti semata-mata mahu bergambar dengan peminat. Sementara itu, peminat pun janganlah cepat sangat terasa hati. Betul tak?

Sumber: mStar Online

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×