Memiliki kereta mewah jenama Mercedes-Benz AMG A Class pada usia muda, penyanyi Zaki Yamani membuktikan umur bukan penghalang untuk seseorang mencapai kemahuan.
Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Bukan Lagi Artis Rusa Music – ‘Sebarang Urusan Kerja Boleh DM Ibu Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Buat Solat Hajat Minta Satu Anak Lelaki Je, Lepas Dua Bulan Dapat Zaki…Sebab Itu Kita Jaga Betul-Betul’
Usia bukan penghalang
Zaki atau nama lengkap Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berharap, kisahnya itu dapat dijadikan inpirasi kepada golongan muda di luar sana untuk bekerja keras demi mendapatkan sesuatu yang diimpikan.
Semoga menjadi motivasi kepada anak muda di luar sana untuk memiliki kereta idaman mereka walaupun pada usia muda.
Saya tahun ini 19 dan dapat buktikan usia bukan penghalang. Saya mahu kisah saya ini dijadikan inspirasi.
Sejak saya umur 17 tahun lagi sudah pasang impian untuk memiliki kereta tersebut. Sepatutnya pada bulan Oktober tahun lalu sudah beli, tetapi waktu itu belum ada rezeki.
Alhamdulillah, segala proses dipermudahkan, akhirnya tahun 2025 saya dapat beli juga kereta idaman itu.
Zaki berkata demikian ketika ditemui di karpet merah Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Satu pelaburan
Tidak berasa rugi, anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah itu sebaliknya menyifatkan keputusan membeli kereta adalah sebagai satu pelaburan.
Kereta itu adalah satu pelaburan, sebagai penyanyi muda perlu melabur. Kalau rumah pula memang saya ada terfikir cuma minat sekarang lebih kepada kereta.
Tanah sudah ada cuma sekarang nak fokus berkarier dahulu. Kalau ada rezeki baru saya akan fikir untuk bina rumah.
Dalam pada itu, Zaki turut menjelaskan salah faham yang berlaku berhubung kenyataan dibuat sebelum ini yang menyatakan mahu menjaga imej.
Kenyataan sebelum ini kata beli kereta mahal sebab nak jaga imej adalah salah faham. Siapa yang mengenali saya, saya bukan seorang yang suka berlagak.
Saya tiada niat untuk berkata demikian dan kepada orang di luar sana yang sudah salah faham, saya minta maaf.