Penyanyi sedang meningkat naik, Zaki Yamani mengakui dia berasa selesa apabila kerjaya seninya diurus oleh ibunya sendiri iaitu Fatimatuzahra Samad.
Artikel Berkaitan: ‘Whatsapp Tak Balas, Call Pun Tak Jawab’ – Zaki Yamani ‘Buka Mulut’ Ibu Bukan Penghalang Jumpa Ayah
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Asal Semua Keras Kejung Je, Menari Ler Aduh’ – Ibu Zaki Yamani
Mak tahu apa nak buat untuk saya
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Zaki berkata, dia tidak pernah rasa dikongkong apabila ibunya menjadi pengurus.
Bercakap pasal ibu, dia seorang ibu yang sangat baik dan sentiasa bersama saya. Ibu yang akan susun jadual saya. Saya yakin ibu tahu nak buat apa yang terbaik untuk saya. Sebagai contoh, kalau hari saya ada tuisyen, saya kena fokus belajar. Kalau hari cuti dan tak sibuk, baru saya akan buat kerja lain.
Cakap pasal selesa atau tak, secara jujurnya saya sangat selesa. Tanpa ibu, saya tak ada di sini sekarang. Ibu memainkan peranan penting dalam hidup saya. Dulu betul, ibu kawal sedikit. Mana taknya, masa itu saya kan bawah umur lagi dan bersekolah. Tetapi sekarang saya dah 18 tahun, ibu dah kurang kawal.
Ibu hanya susun jadual dan beri pandangan apabila saya menerima mana-mana tawaran. Saya akan duduk dan bincang dengan ibu sebelum terima job. Kalau kami okay, baru kami teruskan.
Disoal mengenai perubahan terbesar dalam hidup terutama selepas memenangi pertandingan Famili Duo anjuran TV3, Zaki memberitahu dia hanya mampu meluahkan rasa syukur selepas tamat program tersebut.
Saya sangat bersyukur selepas menang Famili Duo. Saya menerima pelbagai undangan untuk melakukan persembahan. Lebih menarik, jemputan membuat persembahan itu datang dari seluruh Malaysia termasuk Singapura. Momen saya tak boleh lupa apabila saya dijemput menyanyi di Istana Terengganu.
Itu momen paling diingati bagi saya kerana bukan semua penyanyi berpeluang melakukan persembahan di dalam istana. Tambah pula, saya masih muda. Walaupun gementar, saya anggap ia pengalaman yang sangat berharga. Hujung bulan ini saya akan menyanyi pula di Fashion Week Permaisuri Selangor di KLCC.
Memandangkan Zaki bakal menamatkan zaman persekolahan tidak lama lagi, OhBulan! sempat bertanya mengenai perancangannya selepas ini.
Jelas Zaki, dia bakal menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, dia juga akan bekerja seperti sekarang.
Semestinya saya akan sambung belajar dan bekerja. Cuma jadual kali ini tidak terikat berbanding zaman persekolahan. Saya boleh bahagikan masa.
Di akhir temu bual, Zaki berterima kasih kepada semua peminatnya yang tidak henti memberi sokongan buat dirinya sejak awal pembabitan dalam dunia seni sehinggalah sekarang.
Kalau tanpa mereka (peminat) saya mungkin tak sampai tahap ini. Mereka sangat baik dan sentiasa sokong saya tak kira di mana saya berada.