Nampaknya topik buli di set penggambaran masih hangat diperkatakan sehingga ke saat ini di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lana Nodin Teman Anak Perempuan Solat Di Masjid, Netizen Komen ‘Alhamdulillah, Berkat Didikan Ibu Bapa’
Artikel Berkaitan: ‘Tekap Seterika, Pukul Baru Boleh Dilabel B*li…Manja Sungguh’ – Rita Rudaini
Terbaru, pelakon Lana Nodin tampil memberi pendapat dan pengalamannya berhubung topik berkenaan.
Kerusi pun boleh melayang
Menurut Lana, kerusi boleh melayang sekiranya pelakon baharu datang ke set penggambaran main telefon, TikTok dan media sosial sehingga tidak menghafal skrip. Tambah Lana, sikap sedemikian boleh mendatangkan kesusahan kepada orang lain yang mahu bekerja mencari rezeki.
Ni sis nak bagitahu budak bbnu yang baru nak berlakon. Kalau korang datang set dok main telefon, TikTok dan media sosial korang sampai tak hafal dialog, bukan skrip je aku baling…kerusi pun boleh melayang. Menyusahkan orang bila masuk set tak bersiap sedia. Dialog ke laut. Lepas itu orang baling skrip kata buli.
Tambah Lana, dia pernah mempunyai pengalaman mandi air batu gara-gara tidak menghafal skrip.
Hello, zaman saya mula berlakon dulu bukan baling skrip je, mandi air batu pun orang buat bila kau tak hafal skrip dan menyusahkan orang lain. Baik duduk rumah cari orang kaya jaga kau, tak payah berlakon.
Tak payah berlakon
Sumber: Lana Nodin