Berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam industri, pelakon Raja Afiq sedaya-upaya mengelakkan dirinya terpalit dengan kontroversi.
Artikel Berkaitan: ‘Kembali’ Bersama PDRM, Soffwany Yusoff Tak Kekok Bekerja Dengan Suami – ‘Saya Sangat Beruntung, Dia Banyak Ajar Saya’
Artikel Berkaitan: Soffwany Yusoff Tak Ralat Tinggalkan PDRM Selepas 15 Tahun Berkhidmat, Kini ‘Enjoy’ Bergelar Pramugari
Raja Afiq elak kontroversi
Ketika ditemui OhBulan! di sidang media drama Polis Peronda, Raja Afiq atau nama lengkapnya Raja Muhammad Afiq Bin Raja Razali berkata, dia mahu namanya dikenali dengan cara yang baik termasuk dari bakat lakonannya.
Bagi saya kalau kontroversi tu baik tak apa, tak nak lah yang tak berapa elok. Saya percaya bila terjadinya kontroversi membabitkan diri kita, sampai bila-bila benda tu ada tertulis di Internet.
Benda tu saya nak elakkan. InsyaAllah, saya tak nak ada kontroversi tapi perkara akan datang kita tahu apa terjadi. Kalau boleh saya nak orang kenal saya dengan bakat berlakon saya.
Dalam pada itu, Raja Afiq turut berpendapat bahawa zaman kini masyarakat lebih ‘mengangkat’ individu yang mempunyai kontroversi berbanding yang berbakat besar.
Tapi tak dinafikan, kontroversi tu ada kelebihan dan kekurangannya.
Zaman sekarang kontroversi dikedepankan, bakat dilupakan. Sebab tu lah kita tengok, ramai pelakon berbakat ke belakang.
Selain Raja Afiq, drama tersebut turut dibarisi Puteri Sarah, Shah Iskandar, Ali Reza, Soffwany Yusoff dan ramai lagi. Drama terbitan Skop Productions itu akan ditayangkan di TV3 bermula pada 28 Jun sempenaulang tahun ke-40 stesen TV berkenaan.