Pelakon Zamarul Hisham menafikan isu buli wujud dalam dunia lakonan. Menurut Zamarul, semuanya bergantung kepada cara pembawakan diri seseorang individu ketika di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zamarul Hisham Panjatkan Doa Depan Kaabah Buat Peminat & ‘Followers’ – ‘Luaskan Rezeki Mereka Seperti Air Zam Zam Mengalir Tiada Henti’
Artikel Berkaitan: Zamarul Hisham ‘Playboy’ Sebelum Bergelar Pelakon, Tak Pernah Guna Populariti Untuk Pikat Wanita – ‘Zaman-Zaman Pakai RXZ Dulu’
Pelakon kebanyakan dari pempengaruh
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Zamarul Hisham Mohamed melihat kebanyakan pelakon baru sekarang bermula sebagai seorang pempengaruh media sosial.
Ujarnya, sebagai pelakon yang baru berkecimpung dalam dunia seni, mereka perlu tahu dan membezakan jenis penggambaran yang dijalankan.
Saya kalau jumpa Nasir Bilal Khan, saya tunduk rendahkan diri saya untuk cium tangan sebab tanda hormat.
Masalah mereka yang baru ini adalah minat berlakon itu untuk mencari rezeki atau hanya untuk famous?
Sebab kebanyakannya datang dari pempengaruh sosial media. Dunia lakonan dan sosial media adalah dua dunia yang berlainan. Mereka perlu faham kerja.
Kita tegur ikut cara mereka menghormati kita.
Zamarul berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama Pada Isnin.
Takut sesat
Berikutan itu, Zamarul sempat berkongsi cabaran ketika membawa watak sebagai Abdul dalam drama bersiri ‘Langit Ke Tujuh’.
Sepanjang 33 tahun abang dalam bidang lakonan, ini yang paling mencabar terutama dari segi dialog.
Bila kita nak melontarkan dialog-dialog yang menyesatkan, itu yang membuatkan abang risau.
Setiap kali habis berdialog abang memang beristighfar. Selepas balik rumah, abang mesti buat solat taubat sebab risau takut kesan itu ada.
Sekadar info, drama bersiri ‘Langit Ke Tujuh’ arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah ini turut dibintangi oleh Nora Danish, Faezah Elai, Farahdhiya dan Nafiz Muaz.