Pelakon, Zamarul Hisham mengakui dirinya masih menerima mesej-mesej daripada para peminat wanita meskipun dirinya sudah menjangkau usia 53 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim & Zamarul Hisham Makan Telur Setiap Hari Untuk ‘Maintain’ Sihat – ‘Dia Ni Hari Ke Hari Makin Muda’
Masih jadi ‘buruan’ wanita
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Zamarul Hisham Mohamed ini memaklumkan dirinya agak pelik dengan situasi itu memandangkan sudah bergelar suami orang.
Masa mula berlakon dulu, saya pernah kena mengurat tetapi yang peliknya, usia sekarang pun godaan itu masih ada.
Tak boleh nak lari tapi semuanya berbalik kepada niat sendiri.
Sekarang (zaman) ini, dah kahwin ke belum godaan itu tetap ada. Pelik juga, sekarang lebih ramai minat suami atau isteri orang berbanding mereka yang belum berkahwin.
Sampai sekarang pun saya masih terima ‘direct message’ (DM)di media sosial tapi saya jenis orang yang tak suka balas DM.
Zamarul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis ‘Dari Poket Artis Ke Poket Artis’ yang diadakan di kediamannya yang terletak di Shah Alam pada petang Khamis.
Dalam pada itu, pelakon filem ‘Kem 505’ ini mengakui dirinya merupakan seorang yang nakal satu ketika dulu namun sama sekali tidak menggunakan populariti yang ada untuk memikat mana-mana wanita.
Saya bersyukur bila dah jadi pelakon ni saya tak buat jahat sebab sebelum jadi pelakon saya memang seorang yang nakal dan ‘playboy’.
Sebab iyalah, orang tak kenal saya waktu itu. Zaman-zaman pakai motor RXZ, ramai wanita cuba pikat saya.
Tetapi, lepas jadi pelakon saya perlu menjaga sikap sebab ramai dah mula kenal.
Mungkin pemikiran yang ada itu telah ‘menyelamatkan’ saya daripada melakukan perkara bukan-bukan.