Pelakon Zamarul Hisham yang sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zamarul Hisham Cuba Gaya Rambut ‘Buzz Cut’ Di Usia 53 Tahun, Netizen Komen – ‘Nampak Muda 10 Tahun’
Artikel Berkaitan: Zamarul Hisham Nafi Isu Buli Wujud Dalam Set Penggambaran, Pelakon Baharu Perlu Tahu Adab Bekerja
Urusan dimudahkan
Perkhabaran gembira itu dimaklumkan oleh isterinya, Diana Rafar menerusi Instagram Story (IGs) pada Rabu.
Hebatnya kuasa doa! Allah Maha Mendengar.
Gembira bila dapat tahu papa (Zamarul) boleh keluar wad masya-Allah.
Dalam pada itu, pelakon berusia 43 tahun akui banyak hikmah yang dipelajari sepanjang mereka sekeluarga diuji.
Pun begitu, Diana tetap bersyukur bahawa suaminya dikurniakan kesihatan yang baik.
Seminggu mengajar saya banyak benda, banyak nikmat hikmah di sebalik ujian.
Banyak benda yang saya belajar bersyukur, alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Terdahulu, Zamarul mengalami masalah kesukaran bernafas ketika sesi penggambaraan.
Ketika kejadian, pemilik nama Zamarul Hisham Mohamed berada dalam keadaan lemah dan perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan.
Sumber: Instagram