Pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha mahu menjual meja snooker yang menjadi tempat terakhir dia dan isteri, aktres Ayu Raudhah memberi bantuan pernafasan CPR kepada arwah anaknya, Muhammad Aisy Al Raees.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaquan Adha Masih Terkejut Pemergian Cahaya Mata Bongsu – ‘Biarlah Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Tahu Apa Yang Jadi’
Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia
Tempat terakhir Raess
Menerusi hantaran di Instagram Story, Zaquan berkata, selagi meja tersebut ada di dalam rumah, dia akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika sedang berusaha menyelamatkan nyawa anaknya.
Saya nak jual meja snooker ini, sebab dekat atas meja ini lah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat sementara tunggu ambulan sampai.
Selagi meja ini ada saya akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika cuba sedaya upaya untuk selamatkan Raees. Jika ada yang betul-betul minat, DM saya.
Menerusi hantaran berbeza di entri sama, Zaquan turut memuat naik gambar baju terakhir yang dipakai oleh arwah serta momen mereka sekeluarga ketika pergi bercuti.
Bila fikir balik, Allah bagi kami peluang sekeluarga pergi bercuti sama-sama dengan Raees sebelum dia pergi selamanya meninggalkan keluarga besar kami. Terima kasih ya Allah.
Sebelum ini, Zaquan memaklumkan berita pemergian anak bongsunya yang berusia enam bulan itu kepada umum menerusi Instagram Story.
Kakak ipar Zaquan iaitu aktres, Rozita Che Wan berkata, Ayu menghubungi ambulans selepas bayi itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuh pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Sumber: Instagram