berita

Zara Zya Akui Manager Tomboy Jadi Punca Dirinya Didakwa Lesbian

June 17th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-17 at 11.39.46 AM

Hurm.. sejak akhir-akhir ini, nama Zara Zya sering pula dikaitkan dengan kontroversi. Belum reda lagi isu dikatakan jaja cerita buruk mengenai Azlee Khairi, kini timbul pula isu wanita itu dikatakan bernafsu songsang.

Artikel Berkaitan: Ia Adalah Fitnah – Zara Zya Nafi Jaja Cerita Buruk Mengenai Azlee Khairi

Gosip ini mula hangat diperkatakan dalam sebuah forum hiburan apabila mereka memberi hint bahawa pelakon wanita yang didakwa lesbian itu merupakan Zara Zya.

Agak terkejut juga dengan dakwaan tersebut kerana selama kami bertemu dengannya, tidak pernah pula nampak ciri-ciri lesbian pada pelakon berusia 29 tahun itu. Salah orang kot?

Screen Shot 2014-06-17 at 11.44.45 AM

Zara Zya lesbian? Tak kot

“Ha? Memang taklah saya ni lesbian. Makin bertubi-tubi pula cerita berunsur negatif pasal saya sejak akhir-akhir ni. Mentang-mentanglah saya tak kahwin lagi, ada pula pihak yang cuba finah saya cakap saya lesbian.

Saya tak tahu punca sebenar mereka dakwa saya lesbian sebab gosip itu bukan datangnya daripada saya, kena tanya mereka yang mulakan cerita.

Tetapi mungkin sebab saya selalu dengan PA dan manager saya pula tomboy, mungkin daripada situ timbul dakwaan saya ni lesbian.”

Terlanjur berbual panjang, saya pun bertanyakan soal kehidupan peribadi dan jejaka pilihan si cantik ini. Mana tahu dah ada yang punya ke.

“Saya tak boleh nak jangka masa depan saya macam mana. Tapi buat masa sekarang ni, saya lebih selesa hidup single. Saya nak kumpul harta dulu. Wanita sekarang tak boleh bergantung harap pada lelaki, mesti kena ada harta sendiri dulu.

Lagipun saya ni anak bongsu, manja dan sangat rapat dengan mak saya. Sampai saya pernah tanya mak saya bila saya nak kahwin. Saya takdelah nak memilih sangat soal jodoh. Bukanlah nak yang kaya-raya, janji orang itu berkemampuan dan boleh jaga saya.”

Ha.. betul juga kata Zara Zya kan. Zaman sekarang ni mana ada orang nak susah. Daripada kahwin tapi bercerai-berai, baik buat pilihan yang tepat. Kita pun digalakkan untuk memilih pasangan yang sekufu kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×