Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kesal selepas timbulnya dakwaan mengatakan dirinya sudah mendirikan rumah tangga di Thailand.
Artikel Berkaitan: Hafreez Adam & Zara Zya Berjumpa Buat Pertama Kali Selepas 5 Tahun Putus Tunang – ‘Tak Rasa Kekok’
Fitnah!
View this post on Instagram
Menerusi ciapan dibuat di aplikasi Threads, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin menafikan khabar angin tersebut sambil memaklumkan bahawa dakwaan itu adalah fitnah semata.
Astaghfirullahalazim, berat tuduhan ini.
Fitnah! Saya belum berkahwin dan tak pernah pun berkahwin.
Tak boleh tidur lena
Tambah pelakon yang popular menerusi drama ‘Risik Pada Hati’ ini, dia juga tidak boleh tidur lena kerana memikirkan tentang khabar angin itu.
Haihh tak lena tidur saya dibuatnya memikirkan tentang ‘rumors’ yang menyatakan saya telah berkahwin di Thailand.
Untuk rekod, Zara pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019 namun ikatan itu hanya bertahan selama satu bulan sahaja.
Sumber: Threads Zara Zya