Pelakon, Zara Zya berkongsi kegembiraannya menyambut Hari Raya Aidilfitri di kota Mekah buat pertama kali bersama ibunya menjadikan sambutan Syawal tahun ini lebih bermakna dan penuh kenangan istimewa.

Artikel Berkaitan: Zara Zya Sayu Imbas Momen Sahur Bersama Keluarga – ‘Tak Sangka Bila Besar Keluarga Saya Berpecah’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Ayah Tapi Macam Tak Ada, Dia Hina & Mengata Saya Di Media Sosial’ – Zara Zya

Pertama kali sambut di Mekah

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 41, berkata setiap kali tibanya Syawal, dia lazimnya akan meluangkan masa bersama ibunya dengan pergi ke tempat-tempat tanpa arah tujuan.

Bagaimanapun pada kali ini, pelakon drama Love You Mr. Arrogant itu terdetik untuk menyambut Hari Raya di kota suci dan hasratnya itu disambut baik oleh ibunya.

Insya-Allah saya beraya di Mekah, saya akan menjalani ibadah umrah pada hari raya ketiga.

Kiranya, ini adalah Syawal saya yang pertama saya sambut di Mekah.

Baju raya memang saya tidak beli dan saya pergi sana pun tak bawa banyak baju.

Saya pernah ada pengalaman bawa baju banyak kemudian membeli-belah tak ingat dunia kena hantar pula beg tu secara berasingan.

Ketika ditanya antara doa yang mahu dimakbulkan, Zara berkata doanya sering berulang iaitu memohon kesihatan yang berpanjangan buat diri dan keluarga, di samping dikurniakan rezeki yang mencukupi.

Doa saya tidak pernah cukup sebenarnya. Saya pergi baru tiga kali dan doa saya sama saja, berulang.

Saya bukan orang yang panda i menyusun kata dan doa. Kadang-kadang bila sampai di sana, bermacam doa yang keluar.

Saya risau bila saya rancang, dekat sana jadi lain. Saya tak boleh nak jangka.

Bercerita lanjut, Zara berkata pada awalnya dia merancang untuk pergi pada bulan Ramadan.

Namun begitu, hasrat itu tidak dapat direalisasikan kerana kekangan masa dan kesibukan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Tiket penerbangan bulan puasa juga agak mahal dan saya tidak tahu boleh commit atau tidak untuk bertahan berpuasa di sana.

Kalau nak cerita pasal berbuka sudah semestinya semua seronok tapi untuk bertahan menjalani ibadah puasa itu kita tidak tahu.