Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mengakui dia pernah melakukan rawatan Elipse Gastric Balloon atau belon gastrik pada dua tahun lalu.
Artikel berkaitan: ‘Nak Tunjuk Imej Kaya Tapi Ramai Bankrap’ – Zarina Anjoulie Dakwa Artis Hidup Mewah Pinjam Duit ‘Ah Long’
Artikel berkaitan: Wajah Nampak Lain Buat Netizen Terpukau, Rupanya Ini Rawatan Zarina Anjoulie Buat!
Amalkan diet sendiri
Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata, dia bagaimanapun hanya berjaya menurunkan beberapa kilogram berat badan sahaja melalui rawatan tersebut.
Satu perkara tentang saya, saya tak pernah tipu. Saya tak hipokrit. Saya tak perlu buat apa-apa ‘claim’ produk. Ya saya buat belon dua tahun lepas.
Jadi proses belon ni dia masuk selama empat bulan lepas itu nanti dia keluar. Kalau awak bernasib baik boleh lah turun lima kilogram tapi jarang sangat ada. Saya berjaya kurangkan berat badan sebanyak dua kilogram melalui proses itu.
Dalam pada itu, Anju memberitahu dia kini kelihatan lebih ramping adalah kerana mengamalkan diet.
Prosesnya sangat-sangat sakit. Lepas dah masukkan belon, dalam tiga minggu je tak boleh makan lepas itu awak kena diet sendiri.
Ada juga orang cakap saya potong usus, saya tak potong usus. Selepas proses belon itu, saya turun maksimum tiga kilogram saja. Lepas itu saya mula diet sendiri. Tapi itu dua tahun lepas, aku dah naik pun lima, enam kilogram. Lepas (proses) belon itu saya turun (berat badan), kemudian naik balik.
Sumber: TikTok