berita

Zarina Anjoulie Sah Cerai Dengan Suami Sekali Lagi

May 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie, memaklumkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar, pada 27 Januari yang lalu. Namun begitu, mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali ‘rujuk’ selepas itu.

Artikel berkaitan: ‘Alhamdulillah Semua Dah Selesai & Berjalan Dengan Lancar…’ – Zarina Anjoulie

Artikel berkaitan: ‘Aku Tak Lapar Jantan’ – Zarina Anjoulie Dedah Banyak Terima Dm, Minta Jadi ‘Sugar Mommy’

Artikel berkaitan: ‘Stop DM Laki Aku Ye..’ – Terima Bunga & Nota Cinta, Zarina Anjoulie Akui Sudah Rujuk Dengan Bekas Suami

Terbaru, Zarina Anjoulie sekali lagi memberitahu umum bahawa dia dan suami sudah bercerai. Berita tersebut dikongsikan Zarina sendiri di akaun Instagramnya.

Kami dah cerai

Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai. Yes betul kami dah cerai. Thank you.

Menurut Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, ramai orang bertanya mengenai status hubungannya dengan Yas. Oleh itu, dia bertindak untuk memaklumkan kepada umum bahawa hubungan di antara mereka sudah berakhir.

Terdahulu, Anju turut berkongsi kisah di mana hubungannya dengan Yas masih dalam keadaan baik walaupun kedua-dua mereka sudah bercerai. Tidak lama selepas itu, Anju telah menerima jambangan bunga daripada seseorang yang dipercayai adalah bekas suaminya, Eilyas Azhar. Malah, nota yang ditinggalkan dalam kad tersebut juga sangat romantis. Bukan itu sahaja, pelakon ini kembali menulis kapysen seakan memberi bayangan dia kini sedang berbahagia. Lebih mencuri tumpuan, Anju mengaku bahawa mereka sudah rujuk kembali.

Sumber: Zarina Anjoulie

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×