berita

‘Stop DM Laki Aku Ye..’ – Terima Bunga & Nota Cinta, Zarina Anjoulie Akui Sudah Rujuk Dengan Bekas Suami

March 2nd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan bahawa dia dan suaminya, Eilyas Azhar telah pun bercerai. Dia mengakui keputusan untuk berpisah merupakan jalan yang terbaik kerana dia mahu fokus kepada kerjaya, anak dan keluarganya.

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Aku Dah Cerai’ – Zarina Anjoulie

Artikel Berkaitan: ‘Aku Rasa Aku Kahwin Terlampau Cepat’ – Zarina Anjoulie Mengaku Dah Cerai, Ini Sebabnya

Terbaru, Zarina Anjoulie menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik beberapa foto dirinya bersama jambangan bunga seperti sedang dilamun ‘cinta’.

Terima jambangan bunga

Dalam perkongsian tersebut, Zarina Anjoulie telah menerima jambangan bunga daripada seseorang yang dipercayai adalah bekas suaminya, Eilyas Azhar. Malah, nota yang ditinggalkan dalam kad tersebut juga sangat romantis. Bukan itu sahaja, pelakon ini telah menulis kapysen seakan memberi bayangan dia kini sedang berbahagia.

Sementara itu, dalam satu posting lain, Zarina mengakui sudah rujuk kembali bersama bekas suaminya. Malah, dia sempat meminta para wanita di luar sana supaya tidak mengganggu suaminya dan berhenti menghantar pesanan mesej kepada Eilyas di Instagram. Walaupun begitu, posting tersebut telah dipadam oleh Zarina.

‘Aku dah rujuk’

Sweet!

Sumber: Zarina Anjoulie

SKIP THIS AD ×