berita

Zarina Anjoulie Tak Rela Lihat Anak Tergedik-Gedik Buat Video Review Produk

March 8th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kebelakangan ini instafamous dalam kalangan anak muda semakin meningkat tidak kira jantina lelaki mahupun perempuan. Kebanyakkan mereka ini semakin dikenali selepas melakukan perkara-perkara pelik yang boleh menarik perhatian netizen seperti King Coco, Shasya Solero, Nija dan lain-lain.

Baru-baru ini, Zarina Anjoulie memuatnaik satu status yang membenarkan sesiapa yang mengenali anak lelakinya untuk ‘mengetuk’ kepala anaknya itu sekiranya terlibat dengan paid review yang dilakukan dengan aksi-aksi jelik melalui akaun Instagramnya.

‘Saya rasa saya dah cukup memalukan, tak perlu tambah ajinamoto..’

Dia meminta jasa baik dari netizen untuk menyedarkan anak lelakinya jika satu hari nanti terlibat dengan perkara tersebut. Baginya cukuplah dia sendiri yang melakukan perkara memalukan seperti sekarang.

‘Orang lain tak kisah, cuma jangan anak saya’

Zarina Anjoulie mengatakan bahawa dia tidak kisah sekiranya perkara itu berlaku kepada orang lain, tetapi tidak bagi anaknya. Dia juga tidak teragak-agak untuk meminta ayahnya yang tinggal di Brunei untuk pulang dan mengajarnya sekiranya melakukan perkara tersebut.

‘Good parenting, tak macam mak-mak zaman sekarang..’

Dalam masa yang sama, peminat pelakon berdarah kacukan ini memuji cara Zarina mengajar anaknya itu. Dalam ruangan komen juga peminat tidak berhenti mendoakan supaya anak lelakinya menjadi anak soleh dimasa depan.

Credit: zarina_anjoulie

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×