Tindakan pelakon Zarina Zainuddin memuat naik video anaknya, Azal yang berkongsi cerita mengenai alat sulit telah mengundang rasa kurang senang wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Zainuddin Sebak Fikir Tentang Azal & Azil – ‘Ya Allah Kalau Nak Cabut Nyawa Aku, Cabutlah Sekali Nyawa Anak Aku’
Artikel Berkaitan: Mata Berkedip & Mulut Tak Boleh Buka Besar, Anak Zarina Zainuddin Hidap Bell’s Palsy
‘Dah naik atas’
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Azal yang juga menghidap autisme becerita kepada ibunya mengenai keadaan kemaluanya yang ‘berdiri’ setiap kali bangun dari tidur pada waktu pagi.
Dah naik ke atas, jadi keras. Jadi keras sangat. Ia ternaik ke atas.
Sementara itu, menerusi ruang kapsyen, Zarina mendoakan anaknya yang berusia 28 tahun itu membesar dengan sihat.
Azal dah besar dan 28 tahun dah usianya, macam ini kalau orang lain dah kahwin.
Semoga anak ibu terus sihat, jadi anak yang baik ya sayang. Kesian Azal.
Bagaimanapun, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen apabila ada yang mengatakan Zarina seperti membuka aib anaknya.
Malah, ada segelintir yang menyelar tindakan aktres terbabit memuat naik konten tersebut sehingga menjadi tontonan umum.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram