Pelakon, Zarina Zainuddin sering kali berkongsi momen dirinya yang begitu tabah menjaga dua anak istimewanya, Azal dan Azil yang menghidap penyakit autisme.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Ditakdirkan Biarlah Dia Pergi Dulu, Saya Tahu Susah Orang Lain Nak Jaga’ – Zarina Zainuddin
Azal diserang sawan
View this post on Instagram
Terbaharu, pelakon berusia 52 tahun itu berkongsi detik cemas selepas Azil dilaporkan rebah akibat terkena penyakit sawan.
Menurut Zarina, dia sangat risau dengan keadaan itu kerana anak keduanya tersebut jarang terkena serangan sawan namun, bersyukur suami dan pembantu rumahnya membantu menjaga Azil ketika ketiadaannya di rumah.
Azil jarang kena sawan ini dalam 3 bulan sekali, susah nak pantau kadang-kadang dia berlari ambil air minuman dia minum air gas dan dia panjat pagar padang tu.
Nasib baik bila saya tak ada pergi meniaga, ayahnya ada, adik adiknya ada, pembantu rumah saya pun ada.
Di akhir hantarannya itu, Zarina menitipkan doa agar Allah SWT melindingi anak-anak syurganya daripada sebarang kecelakaan.
Selagi saya boleh jaga, saya jaga sebaik mungkin segalanya yang berlaku dengan kuasa Allah.
Semoga Allah lindungi anak-anak syurga saya.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang mendoakan agar Azal diberikan kesembuhan daripada serangan sawan yang dihadapinya.
Dalam pada itu, ada juga yang memuji pembantu rumah kepada Zarina kerana kedengaran begitu ikhlas menjaga Azal dan Azil sepanjang ketiadaan pelakon drama ‘Teduhan Kasih’ itu di rumah.
Respon netizen
Sumber: Instagram