Pelakon Zarina Zainuddin tampil memberi penjelasan susulan video Azal mengadu alat sulitnya mengeras seakan mengaibkan anak lelakinya itu.
Artikel berkaitan: Zarina Zainuddin Dikecam Kongsi Video Anak Cerita Fasal ‘Adik’ Dalam Seluar – ‘Jaga Lah Aib Dia, Tak Perlu Post’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Azal Kongsi Dengan Ira Kazar Tentang Ciri-Ciri Wanita Idaman – ‘Saya Baru Cari Calon’
Beri kesedaran tentang anak autisme
Menerusi hantaran di Instagram, Zarina berkata, tujuan video tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan anak autisme yang meningkat dewasa.
Menurutnya, dia juga ada menasihati Azal supaya tidak menonton video lucah yang boleh mendorong kepada perbuatan tidak elok.
Orang cakap bodoh punya mak pergi buka aib anak. Kalau aib anak saya buka seluar tunjuk benda-benda tak senonoh kalau setakat dia beritahu keadaan dia, awak semua kena faham ya anak seperti ini lurus dia akan cerita perkara yang sebenar.
Saya juga ada menasihati anak saya di hujung video itu begini. Sebab tu Azal jangan tengok benda-benda yang pelik tak elok. Adakah kata-kata seperti itu aib?
Dekat luar sana banyak anak-anak syurga yang ada macam macam masalah yang sama. Orang normal akan cakap benda ni kotor tapi bagi kami ibu bapa yang ada anak-anak autisme ni, macam mana nak terangkan pada masyarakat?
Awak normal, saya normal tapi anak-anak ini perlu dididik agar mereka faham benda itu salah jangan tengok nanti boleh merangsang ke arah begitu. Susah nak terangkan.
‘Payudara saya pernah kena ramas’
Dalam pada itu, Zarina mendedahkan bahagian payudara pernah disentuh anak autisme kerana tiada didikan mengenai batas tubuh.
Saya nak cerita payudara saya juga pernah kena ramas dengan anak autisme yang lain bukan anak saya. Saya terkejut tapi apakan daya anak itu tahu apa?
Ibu bapa dia pun tercengang ketika itu. Sebab itu saya tekankan untuk anak-anak autism ini kena cakap tidak, tak boleh, jangan ‘hep hep’.
Mengulas tentang video berkenaan, Zarina menganggap sesetengah pihak mempunyai pemikiran yang kotor dan keterlaluan tanpa melihat niat asal perkongsian itu.
Orang-orang luar menjatuhkan semangat saya, saya minta maaf. Kalau perkataan keras dan gajah itu mencarut, carilah dalam kamus.
Siapa yang otak kuning? Saya atau anda sendiri? Perkataan mencarut yang anda carutkan pada saya, menghina dan mengeji saya. Astagfirullahaladzim.
Hari-hari saya nangis baca. Kait-kaitkan dengan masa lalu saya. Saya dah ke depan jauh dah saya tinggalkan. Syukur Alhamdulillah atas hinaan anda semua mana. Tak mahu gaduh, kesihatan mental saya perlu jaga. Tak suka tak apa. Saya redha.
Terdahulu, Zarina dikecam teruk oleh netizen gara-gara berkongsi video Azal yang mengadu alat sulitnya mengeras.
Sumber: Instagram