berita

Zarina Zainuddin Terkejut Baca Berita Sudah Meninggal – ‘Doakan Saya Sihat’

April 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon Zarina Zainuddin akui terkejut apabila tular berita mengenai dirinya sudah meninggal dunia.

Artikel berkaitan: Zarina Zainuddin Mengaku ‘Repair’ Bahagian Hidung – ‘Saya Cuma Betulkan Sedikit Saja’

Artikel berkaitan: ‘Lelaki Mana Boleh Tahan Lama-Lama Kesian Dia’ – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Zarina dalam keadaan sihat

Menerusi kemaskini terbaharu di Instagram, Zarina berkata dirinya kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama dan menjelaskan berada dalam keadan sihat.

Malah dia turut meminta orang ramai agar terus mendoakan umurnya sentiasa dipanjangkan.

Assalamuaikum, saya tengah shooting. Pagi ini dapat berita ini (meninggal dunia). Tolong doakan semoga saya panjang umur dan murah rezeki. Anak saya juga Azal berada di Compas One, Senkang Square, Singapore. Semoga Azal tabah dan kuat berada di Singapura.

Dalam masa sama, Zarina turut berkongsi tangkap layar berita yang dikeluarkan satu portal tempatan yang mendakwa aktres itu sudah tiada lagi di dunia ini.

Rakan selebriti terkilan

Sementara itu, rata-rata wargamaya termasuk kalangan selebriti turut meluahkan rasa terkilan dengan berita yang tidak sahih itu.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

 

SKIP THIS AD ×