berita

Zarina Zainuddin Mengaku ‘Repair’ Bahagian Hidung – ‘Saya Cuma Betulkan Sedikit Saja’

March 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon Zarina Zainuddin mengakui kepada media bahawa dia telah membetulkan bahagian hidungnya selepas menjalani pembedahan sinus.

Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Mana Boleh Tahan Lama-Lama Kesian Dia’ – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Artikel Berkaitan: Nurulhidayah Akui Tak Pernah Cemburu Sepanjang Hidup Bermadu, Zarina Zainuddin Respon Mungkin Sebab Dia Berduit

Pembedahan membuang cecair

Aktres berusia 52 tahun ini menjelaskan bahawa dia telah menjalani sebuah pembedahan membuang cecair pada bahagian hidungnya kerana sudah lama mengalami masalah sinus.

Saya tidak tahu langsung yang saya mengalami masalah sinus. Ketika diluar negara, cuaca sejuk sampai membuatkan hidung saya menjadi gatal dan semasa berjumpa dengan doktor saya dimaklumkan itu adalah sinus.

Pemilik nama sebenar Nur Zarina Mohd Zainuddin ini menjawab spekulasi dan dakwaan ramai tentang bentuk hidungnya yang berubah.

Selepas saya membuang cecair pada bahagian hidung, saya cuma betulkan sedikit sahaja, tidaklah sampai menukar bentuk hidung.

Dia turut menjelaskan bahawa prosedur membetulkan bahagian hidungnya itu adalah kerana dia tidak mahu wajahnya terjejas akibat pembedahan sinus tersebut namun ia tidaklah membawa kepada perubahan yang besar.

Ibu kepada empat orang anak ini juga tidak kisah tentang warganet yang menuduh dirinya membuat pembedahan hidung untuk semata-mata untuk kelihatan cantik.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Lelaki Terhebat ini berkongsi tentang kesihatannya setelah menjalani pembedahan tersebut.

Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma tinggal sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung. Migrain pun sudah semakin baik.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×