![[VIDEO] Zarynn Min Buka Mulut Isu Muka ‘Bersepah’ Di TV, Bimbang Dilabel ‘Overused’ & Jejas Peluang Berlakon](https://asset.ohbulan.com/2026/02/zarynn-min-1.jpg)
Pelakon Zarynn Min meluahkan kebimbangan mengenai tanggapan sesetengah pihak apabila wajahnya dikatakan kerap muncul di kaca televisyen.
Artikel Berkaitan: ‘Zarynn Min Memang Berbakat & Attitude Dia Bagus, Sebab Itu Disenangi Ramai’ – Hafreez Adam
Muka ‘bersepah’ di kaca TV

Ketika ditemui OhBulan!, Zarynn atau nama lengkapnya Noraszarinawati Tumin menjawab demikian susulan hantaran seorang pengguna Threads yang menggunakan istilah ‘bersepah’ terhadap kemunculannya di kaca televisyen.
Kalau saya berpegang pada yang dia cakap bersepah tu, saya risaulah. Risau sebab dia akan jadi macam saya ni overused. Benda itu memberi impak untuk pihak-pihak TV stesen.
Maknanya kalau kata projek lain, ada orang nak cadangkan nama saya, dia orang tak nak atas alasan overused. Itulah impak yang saya macam risau sangat.
Zarynn berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Filem dan Sidang Media Amira Amir yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada petang Selasa.
‘Saya bukan mendabik dada’

Menjawab pertanyaan sering muncul di kaca televisyen, Zarynn berkata kadangkala drama-drama lakonannya itu sebenarnya adalah projek lama namun ditayangkan kembali.
Sedangkan projek-projek tersebut kadang-kadang dah berapa tahun lepas, ulang balik. Itu jelah. Jadi saya harap macam benda tu tak beri kesan pada yang memilih pelakon-pelakon.
Ada juga pada saat akhir pihak produksi hubungi saya untuk gantikan talent mereka dan sebagainya. Mungkin sebab itu orang nampak muka saya ‘bersepah’.
Namun rata-rata pengguna media sosial tampil mempertahan Zarynn dan memuji aktres itu sememangnya berbakat,
Ujar Zarynn dia tidak menyangka lakonannya menerima pujian ramai namun tidak mahu menjadikan pujian itu untuk meninggi diri.
Sebaliknya, ia merupakan satu suntikan semangat untuk terus berkarya, sekaligus membuktikan bahawa kehadirannya dalam industri lakonan masih relevan dan dihargai.
Bila dapat komen macam tu saya terharu. Terutama kalau generasi muda hargai saya. Saya bukan mendabik dada.
Nak bertahan dalam era sekarang ini susah, banyak muka baru.
Yang katanya dari segi disiplin, bagi karakter semua okey. Tapi memang macam tu pun,sebab saya daripada dulu, korang pun tahu saya tak ada kontroversi, sebab saya tak pandai buat kontroversi. Saya memang tahu kerja je.








