
Pelakon Hafreez Adam tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Zarynn Min dan menyifatkan aktres tersebut seorang anak seni yang berbakat dalam industri lakonan tanah air.
Artikel Berkaitan: Hafreez Adam Enggan Dedah Nama Aktres Popular Berhati Baik – ‘Tidak Perlu Sahkan Siapa’
Artikel Berkaitan: Hafreez Adam Dedah Sifat Baik Pelakon Wanita – ‘Saya Hanyalah Nobody Pada Ketika Itu, Tapi Dia Pilih Berbuat Baik’
Zarynn Min disenangi ramai

Menerusi ciapan dimuat naik di Threads, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 36, berkata Zarynn Min adalah seorang yang berdisiplin dan memiliki sikap baik, sekali gus membuatkan dia disenangi ramai.
Dalam pada itu, Hafreez turut memuji cara aktres itu menghayati setiap watak yang diberikan sepenuhnya.
Zarynn Min memang seorang yang sangat berbakat.
Dia seorang pelakon yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang sangat baik, sebab itu dia disenangi ramai.
Apa sahaja watak yang diberikan kepadanya, semuanya dapat dibawakan dengan baik.
Sumber: Threads Hafreez Adam








