Peserta program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Zazleen menarik nafas lega apabila pertandingan nyanyian itu melabuhkan tirai selepas lapan minggu berentap.
Artikel Berkaitan: Cakra Khan Faham Perasaan Zazleen, Miliki Suara Unik – ‘Orang Kata Suara Saya Berkahak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tone Suara Zazleen Jarang Dengar Di Malaysia, Apa Salahnya Kita Angkat & Beri Sokongan’ – Shiha Zikir
Lega dah habis
Zazleen yang berusia 38 tahun itu berkata air matanya menitis apabila mengingat kembali perkara yang berlaku sepanjang memasuki program tersebut.
Menyedari tone suaranya tidak boleh diterima umum namun pelantun lagu Merah itu menekankan dia sudah membuktikan kemampuan dirinya.
Kalau nampak saya menangis, itu sebab saya gembira. Dalam masa yang sama sedih kena kecaman teruk sepanjang bertanding.
Tangisan tersebut ibarat tangisan yang menyedari semuanya telah selesai tetapi saya percaya ada benda yang saya kena hadap selepas ini.
Saya pun tak sangka saya sampai final, sebab saya tahu suara saya orang tak boleh nak terima.
Saya tidak dialu-alukan dalam final jadi saya dapat rasa memang nombor empat.
Tomahan paling terkesan
Bercerita lanjut, Zazleen berkata kecaman yang paling meninggalkan kesan yang mendalam apabila netizen memula mengaitkan arwah bapanya, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain.
Ekoran menerima pelbagai hinaan dan tomahan, Zazleen juga terpaksa memohon maaf kepada keluarganya kerana berasa bersalah.
Paling terkesan apabila orang berkata saya bertahan kerana kabel yang kuat, anak selebriti dan macam-macam lagi. Kalau orang lain baca boleh bunuh diri.
Ada juga yang sebut pasal bapa saya, memang terkesan kalau sentuh bab ibu bapa lebih-lebih lagi apabila sudah tiada.
Sementara itu, Zazleen juga berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ia berlarutan menjadi lebih teruk.