Tiada angin tiada ribut, penyanyi Zehra Zambri didakwa bakal memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: ‘Sudah Saya Tegaskan Seusai Minggu Pertama, Kisah Lama Jangan Dicanang Merata’ – Suami Zehra Zambri
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Nafi Rumah Tangga Bergolak, Suami ‘Archive’ Gambar Di IG Sebab Tak Selesa
Cerai ‘fast track’
Menurut Iqwan, 42, Zehra yang memaklumkan sendiri perkara itu kepadanya selepas keluar dari rumah dan berjumpa dengan peguam pada pagi Rabu.
Saya dimaklumkan yang Zehra akan failkan perceraian secara fast track pada minggu depan.
Pagi tadi, Zehra beritahu yang dia mahu keluar sekejap. Selepas itu, Zehra maklumkan yang dia berjumpa peguam untuk failkan cerai terhadap saya.
Iqwan berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada Rabu.
Dorongan pihak ketiga
Disoal mengenai punca isterinya bertindak demikian, Iqwan mendakwa Zehra telah didorong oleh pihak ketiga.
Dia tidak maklumkan kenapa dan mengapa. Ya (pihak ketiga). Ada gangguan pihak lain atau pengaruh yang suruh dia failkan (cerai).
Terdahulu, Zehra menafikan rumah tangganya sedang bergolak susulan Iqwan memadam semua foto di Instagram miliknya. Jelasnya, suaminya hanya menyimpan gambar mereka di bahagian arkib.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.