Penyanyi Zehra Zambri menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya kini sedang bergolak.
Artikel Berkaitan: Tepati Ramalan! Usia 62 Tahun Bukan Penghalang Liza Aziz Bergelar Juara GV11, Bawa Pulang RM100,000 – ‘Akhirnya Saya Menang’
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Dedah Pernah Pergi Kerja Dalam Keadaan Tekanan – ‘Tiada Siapa Nak Kawan, Saya Bawa Bekal Sendiri’
Tidak bergolak
Zehra, 37, berkata, hubunganya dengan suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, dalam keadaan baik biarpun mengakui ada ketika perkahwinan mereka diuji.
Malah, dia tidak menolak kemungkinan bahawa dakwaan tersebut timbul susulan impak daripada penyertaanya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11.
Biasalah dalam rumah tangga ada naik turunnya, ada ujianya. Alhamdulillah, hubungan saya dengan suami baik-baik sahaja.
Mungkin dakwaan itu timbul sejak saya sertai GV, orang mula mahu tahu kisah hidup peribadi saya. Suami jarang munculkan diri kerana dia bukan orang seni.
Malah, dia pernah beritahu, kalau boleh tidak mahu ada yang kenal siapa dia. Saya sertai GV pun atas restunya.
Awal-awal GV dia teman saya, tapi sejak kebelangan ini anak kami perlu dijaga, jadi saya suruh dia yang jaga dan tidak perlu datang teman saya di GV.
Zehra berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert akhir Gegar Vaganza 11 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.
‘Archive’ gambar
Bercakap mengenai tiada lagi foto dirinya di Instagram milik suami, Zehra menjawab, Iqwan telah menyimpan di bahagian arkib atau ‘archive’ kerana tidak selesa dengan dunia seni.
Gambar saya di IG dia, bukan dibuang, tapi di ‘archive’. Dia tak suka jika ada yang bertanya tentang dunia artis.
Tapi dia tahu yang dirinya berkahwin dengan seorang penyanyi. Cuma mungkin belum biasakan diri lagi dengan suasana industri seni.
Terdahulu, Zehra telah dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima GV11 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.