Pempengaruh media sosial, Mas Zhiddin Zhiddan tampil memohon maaf selepas dikritik mengenai cara penulisannya ketika membalas emel sekretariat Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) berhubung gambar yang diminta pihak berkenaan.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Zhiddin Aziz Tak Profesional Hantar E-Mail – ‘Patutlah Kena Cancel’
Terlepas pandang
Menerusi komen di TikTok OhBulan!, Zhiddin mengakui kesalahan dirinya yang disifatkan tidak profesional ketika membalas emel urusan rasmi.
Saya Mas Zhiddin Zhiddan ingin memohon maaf kepada pihak berkaitan atas kedangkalan tata saya ketika menghantar emel maklumat yang diperlukan.
Jiwa saya tidak berniat ingin membalik adab, sejujurnya perkara tersebut terjadi kerana kesilapan saya yang terlepas pandang.
Tambah anak kepada pengacara, arwah Aziz Desa penulisan huruf besar yang digunakan disebabkan kekangan masa yang perlu membalas emel dengan kadar segera.
Ekoran masa yang ada mendesak saya untuk menghantar emel dengan segera. Walau bagaimanapun, selepas menghantar emel, saya telah berhubung dengan pihak berkaitan bagi memaklumkan bahawa saya telah menghantar gambar yang diperlukan.
Kejadian pertama & akhir
Dalam pada itu, finalis yang dicalonkan untuk kategori Ikon Belia Influencer (Media Sosial) berjanji kesilapan yang sama tidak akan lagi berulang.
Oleh itu, saya sekali lagi ingin memohon maaf atas tata kedangkalan yang dilakukan. Saya akan memastikan bahawa isu tata emel ini akan menjadi kejadian pertama dan yang terakhir. Terima kasih.
Sebelum ini, Zhiddin meluahkan kekecewaanya selepas ABPN yang didakwa sepatutnya menjadi miliknya digugurkan saat akhir.
Menurut Zhiddin, dia turut berasa kesal apabila tiada sebarang penjelasan dibuat daripada pihak penganjur kepadanya.
Susulan itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memaklumkan bahawa pihaknya akan mengaturkan pertemuan bersama Zhiddin bagi merungkai serta menyelesaikan isu yang sedang dibangkitkan pempengaruh tersebut.