

Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz berkongsi pengalaman berpuasa selama 18 jam sekali gus menjadi puasa terpanjang pernah dilakukan sepanjang hidupnya.
Artikel Berkaitan: Zhiddin Aziz Kongsi Pengalaman Berurusan Bersama Polis Di Indonesia – ‘Mereka Pesan Buat Video Yang Bermanfaat’
Artikel Berkaitan: ‘Keikhlasan Saya Dalam Bidang Ini Adalah Kecenderungan Daripada Ayah Saya’ – Zhiddin Aziz
Puasa 18 jam

Menerusi hantaran di TikTok, Zhiddin berkata, hal ini kerana dia bersahur di Malaysia dan berbuka puasa di Makkah.
Justeru, dia perlu berbuka mengikut waktu Malaysia iaitu sekitar jam 11.30 malam.
Kalau di Malaysia kita berpuasa lebih kurang 13 jam, tetapi saya di Makkah perlu berpuasa lebih kurang 18 jam.
Sebab, saya sahur di Malaysia tetapi berbuka di Makkah. Jadi dalam 11.30 malam waktu Malaysia barulah saya boleh berbuka. Ini puasa terpanjang dalam hidup.
Meskipun perlu berpuasa dalam tempoh yang panjang, Zhiddin berkata dia tak berasa haus mahupun lapar kerana rohani sudah terisi dengan keindahan kota Makkah.
Namun yang peliknya, saya tak rasa terbeban. Sebab rasa lapar dan dahaga seakan larut dalam keindahan setiap kali mata terpandang Baitullah (rumah Allah). Hati jadi kenyang, jiwa terasa tenang.
Tahu tak kenapa? Di sini, bukan minuman dan makanan yang mengeyangkan tetapi kasih sayang, rahmat Tuhan yang menguatkan.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Khairul Aming Dedah Doa Ibu Di Sebalik Kejayaan, Seru Sokong Minat Anak – ‘Jangan Bangga Dengan Kejayaan Atas Kertas’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-26.jpg)