Penyanyi terkenal Ziana Zain menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya telah menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.
Artikel Berkaitan: ‘Ma, Jangan Mati Dulu..’ – Ziana Zain Dedah 20 Tahun Penuh Derita, Anggap Rumah Bagai Neraka
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Anak Derhaka Pada Bekas Suami, Ziana Zain Pesan Jaga Ayah Bila Dah Tua Nanti
Nafi gelaran Datuk
Ketika ditemui OhBulan! Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 55, berkata dia terhibur apabila mendengar khabar angin tersebut awal pagi semalam.
Saya sebenarnya geli hati bila dapat ucapan tahniah daripada kawan-kawan yang kata saya dapat gelaran Datuk pagi semalam (Isnin).
Saya dapat gelaran nenek adalah, gelaran Datuk tiada. Apa pun saya menafikan berita yang tular tersebut.
Saya terkejut waktu dengar, saya kata ‘bila masa pula aku dapat gelaran berita itu’. Saya kata tiada pun dekat mereka.
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis Perkongsian Mengenai Pembedahan Bariatrik oleh Pakar Bedah Perunding & Pakar Usus serta Bariatrik oleh Doktor Mustafa Mohammed Taher yang berlangsung di sebuah restoran di Ampang, pada Selasa.
Ketika disoal bagaimana penerimaan sekiranya diberikan gelaran Datuk suatu hari nanti, pelantun lagu Madah Berhelah itu berkata dia menerima dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai pengiktirafan kepadanya sebagai anak seni.
Sekiranya dapat gelaran Datuk itu saya anggap sebagai bonus dan rezeki untuk saya sebagai anak seni.
Gelaran itu satu anugerah dan pengiktirafan ke atas diri saya sepanjang tempoh pekhidmatan bergelar anak seni.
Kalau dapat syukur alhamdulillah. Kalau tidak dapat pun saya bersyukur sahaja. Andai suatu hari dapat pun saya lebih selesa dipanggil Zie (Ziana).
Saya bukan kejar pangkat Datuk tapi sekarang ini yang lebih penting adalah duit untuk hidup. Supaya dapat sara kehidupan saya dan anak-anak.
Mungkin ada peminat di luar sana yang lihat ada artis lebih muda dari saya dah dapat gelaran Datuk, itu pendapat mereka untuk utarakan pandangan.
Terdahulu, sebuah portal memuat naik berita dengan mendakwa Ziana telah menerima gelaran Datuk.
Sebelum ini, selebriti sensasi, Azwan Ali, berharap pihak kerajaan memperhalusi senarai artis yang pernah atau bakal menerima gelaran Datuk.
Azwan yang mesra disapa Diva AA berkata, gelaran dan darjah tersebut wajar diberikan kepada penggiat seni yang mempunyai jasa besar terhadap industri hiburan tanah air dan antara nama yang disebut ialah Ziana Zain, Ella dan Ramlah Ram.