berita

Ziarah Hari Raya, 10 Orang Termasuk Tuan Rumah Kena Kompaun RM2k Seorang

May 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Umum mengetahui, aktiviti ziarah menziarahi sepanjang Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini, adalah tidak dibenarkan sama sekali. Setiap individu perlu patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang kompaun oleh pihak berkuasa.

10 individu dikompaun

Foto: Harian Metro

Terbaru, lapor Harian Metro seramai 10 individu termasuk pemilik rumah telah dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 selepas dipercayai melakukan aktiviti ziarah raya atau aktiviti berkunjung sempena Aidilfitri. Difahamkan, kesalahan terbabit berjaya dikesan oleh pihak polis menerusi Op Khas Pemantauan Ziarah Aidilfitri yang dijalankan di dua rumah di Kampung Kenangan dan Rawang Perdana.

Ujar Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe terdapat tetamu yang sempat memberikan alasan yang mereka masih keliru dengan SOP terkini yang telah ditetapkan oleh pihak MKN.

Polis mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM2,000 setiap seorang kepada pemilik rumah dan dua tetamu itu. Tidak jauh dari lokasi pertama, polis mengesan sebuah lagi rumah di Rawang Perdana yang turut menerima kunjungan tetamu. Seramai tujuh tetamu dari pelbagai kawasan datang ke sini dan kita kompaun mereka.

Kompaun hanya dikeluarkan kepada ketua keluarga walaupun terdapat lebih individu termasuk kanak-kanak di dalam kedua-dua rumah berkenaan.

Pada masa yang sama, pihak polis turut menggesa kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu yang ingkar arahan mengenai SOP Aidilfitri untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×