Pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil mendedahkan dia telah mengamalkan doa yang dibaca oleh penyanyi Siti Sarah ketika menyiapkan juadah untuk keluarga.
Artikel Berkaitan: Pengurus Dedah Siti Sarah Sedekah Wang & Agih Tudung Kepada Jururawat Masa Sakit
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Dunia Ni Macam Sangat Sepi’ – Raissuddin Hilang Kata Bila Diberitahu Siti Sarah Meninggal Dunia
Masak makaroni goreng ikut cara arwah
Menurut Ziela, 51, ketika dia menyediakan makaroni goreng atas permintaan anaknya, dia telah membaca doa tersebut.
Katanya, bukan dia sahaja yang mengamalkan tetapi ramai orang di luar sana turut sama kerana itu adalah satu ilmu yang bermanfaat.
Hari ini 1 Muharram (semalam) anak saya minta untuk buat makaroni goreng. Selalu masak memang akan berselawat. Tapi, kali ini saya buat ikut cara arwah Siti Sarah.
Ya Allah Ya Tuhanku siapa sahaja yang makan makanan ini Ya Allah, tenangkanlah hati mereka, murahkan rezeki mereka, jadikanlah mereka hambamu yang taat, Ya Allah.
Saya ikut apa yang dia tinggalkan. Ramai juga yang ikut jejak langkah arwah. Itu memang satu ilmu yang bermanfaat.
Buka mata ramai orang
Dalam pada itu, pemilik nama Norzila Abdul Jalil Syed Osman akui cemburu dengan pemergian Siti Sarah yang disanjung ramai disebabkan amalan yang dilakukan sepanjang hayatnya.
Secara tak langsung, kisah Siti Sarah telah membuka mata ramai orang untuk mengejar melakukan kebaikan.
Bila tengok cara pemergian dia, saya betul-betul cemburu. Allah angkat darjat dia, Allah muliakan dia.. begitu istimewa sekali.
Bila dengar pasal sedekah dia, benda macam itu yang membuka mata ramai orang. Dia telah menyedarkan ramai orang.
Bukan kita tak tahu tapi kadang-kadang kita terleka. Pemergian beliau dengan amalan-amalan yang dia buat, amat dasyat. Arwah sangat istimewa.
Ziela ditemui ketika majlis bacaan tahlil buat Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada malam Selasa.
Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.
Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber: Instagram @sitisarahraissuddin, @zielajalil