berita

Zizan Razak Bernikah, Emma Maembong Upload Perasaan Paling Sedih

April 13th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

 

emma

Yes. Zizan Razak sudah pun membuat pengumuman bahawa dia bakal bernikah dengan gadis sekampungnya Jun ini.

Walaupun identiti sebenar wanita misteri itu masih belum didedahkan, ramai peminat sudah mula meneka bahawa Emma Maembong bukanlah bakal isteri Zizan.

Malah, ramai peminat Emma memaklumkan kepada kami bahawa Emma ada memuat naik lagu sedih di Instagramnya, seolah-olah mahu memberi pesanan terakhir buat Zizan.

???? #emmamaembong #emavengers @emavengers

A video posted by emma_maembong (@emma_maembong) on

Jika dilihat di ruangan komen, para peminat memang tidak putus-putus mendoakan agar Emma Maembong tabah menjalani dugaan ini dan mendoakan agar ditemukan jodoh yang tepat.

Malah, kakaknya juga, Shikin Maembong turut memberi komen berkenaan hal adiknya itu. Katanya….

Jangan buat andaian bukan-bukan – Shikin Maembong

Screen Shot 2015-04-12 at 11.41.47 PM

Oh ya, buat yang ketinggalan, semalam Zizan baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal pulang ke kampung untuk membuat urusan merisik dan meminang gadis misteri pilihannya itu.

Zizan hanya memberitahu bahawa dia baru sahaja mengenali gadis itu dua bulan yang lalu dan terpikat kerana gadis itu bijak mengambil hati orang tuanya. Yelahkan, bagi seorang lelaki, mestilah nak cari calon isteri yang boleh respect ibu bapa kan?

Artikel Berkaitan: Zizan Razak Nikah Gadis Sekampung Tanpa Solekan Tebal Untuk Cantik Bulan Jun Ini

Malah, apa yang menarik perhatian, Zizan juga memberitahu bahawa gadis itu tidak memerlukan make up untuk kelihatan cantik. Pergh. Memang natural beauty gitu.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mereka!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×