berita

Zizan Razak Kena Maki Kerana Foto Sembelih Lembu

October 10th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-10 at 4.01.15 PM

Siapa sangka dalam kemeriahan umat Islam menyambut perayaan Aidiladha yang lalu, ada juga kontroversi yang melanda pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak.

Isu ini bermula apabila Zizan memuat naik sekeping fotonya sedang memegang parang di hadapan seekor lembu yang telah disembelih untuk ibadah korban.

Namun, akhirnya foto tersebut mendapat kritikan hebat daripada warga asing yang menganggap Zizan sebagai seorang pembunuh haiwan.

zizan

Rasanya Zizan hanya membantu untuk melapah lembu korban itu sahaja. Apapun, situasi ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di Malaysia kerana rata-rata sudah faham dengan ibadah yang harus dijalani dalam agama masing-masing.

Cuma, pada pendapat kami, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh Zizan untuk meredakan keadaan adalah dengan membuang terus foto tersebut daripada laman Instagramnya. Dianggap agak ngeri mungkin?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×