
Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menyifatkan penyanyi rap, Zizi Kirana sebagai kakak sulung yang sentiasa menyokong dan bersama-sama berjuang dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Artikel Berkaitan: ‘Kapal Kami Didatangi 15 Dron & Sedang Bersiap Sedia Dengan Sebarang Kemungkinan’ – Zizi Kirana
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana Bosan Dengan Isu Politik & Rumah Tangga, Harap Rakyat Malaysia Fokus Misi Kemanusiaan
Paling cakna

Menerusi muat naik di Instagram, Musa meluahkan rasa syukur terhadap Zizi yang sentiasa mengambil berat terhadap semua anggota yang berada di pelayaran itu.
Kakak sulung (Zizi) yang paling hebat, paling cakna dengan semua ahli misi. Apa-apa, dia lah yang akan mesej saya.
Terima kasih kak Zizi sebab ajar kami tentang kasih sayang yang tidak pernah berkira.
Dalam pada itu, Musa turut memuji Zizi atas sikapnya yang sentiasa memikirkan kebajikan orang lain berbanding diri sendiri.
Selalu letak orang lain di hadapan, diri sendiri di belakang.
Sentiasa tenang, jadi penguat semangat bila ada di antara kita hampir rebah.
Sumber: Instagram








