Gagal menahan sebak, penyanyi Zynakal mengakui terkesan dengan kejadian seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul orang awam di sebuah tapak pasar tani, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: #BestiesPapeRoger: Zynakal Jadi Hero, Berjaya Selamatkan Nyawa Peminat
Artikel Berkaitan: #BestiesPapeRoger: Digelar Gila, Zynakal Tak Salahkan Takdir Hidap Bipolar Mania
‘Masalah mental’
Zynakal atau nama sebenar Muhammad Raziq Rosli, 27, berkata, dia terpanggil untuk memberi respon apabila mengetahui lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan mental.
Zyn yang juga mempunyai masalah mental jenis Bipolar Mania menyifatkan tindakan orang awam yang mengasari lelaki berusia 47 tahun itu sebagai perbuatan kejam.
Kes seorang pak cik OKU dipukul itu membuat saya untuk memberi respon.
Pak cik itu fizikal nampak sempurna, tapi selepas saya baca komen ada yang kata dia mempunyai masalah kesihatan mental (mental illness).
Apabila bercakap fasal mental illness, saya jadi triggered. Pak cik itu sudah tua dan saya tak boleh terima apabila dia dipukul. Perbuatan itu sangat kejam.
Zyn berkongsi luahan perasaanya itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
‘Saya nak peluk dia’
Mendoakan kesejahteraan dari jauh, Zyn turut meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa lelaki berkenaan.
Kalau dapat jumpa pak cik itu, saya nak peluk dia. Saya nak beritahu dia yang ramai orang tak akan faham tentang masalah mental.
Saya harap dia dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.
Pada 17 Januari lalu, tukar rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di sebuah tapak pasar tani.
Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki terbabit yang menunggang motosikal, terlanggar sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan untuk jualan terjatuh.
Sumber: TikTok