Rakyat Malaysia memang pantang kalau dengar pasal jualan murah, kalau dah musim Sale tu memang shopping mall ramai gila orang. Sampai nak bernafas pun susah. Semalam kecoh di Glenmarie, Shah Alam bila ramai orang terutamanya kaum wanita sanggup beratur panjang untuk ke Vincci Warehouse Sale.
Paling tak tahan sekali sampai ada yang sanggup panjat tembok beb! Perhh semangat betul sampai nak panjat tembok bagai. Apa-apa pun ini sebab kami rasa kenapa diorang sanggup buat macam tu. Alahaiii..
1) Gaji baru masuk
Aishh biasa la awal bulan kan? Gaji semua dah masuk. Kalau nak shopping sakan sampai tak beringat ini lah masanya. Hujung bulan kalau duit tinggal serdak-serdak baru menyesal. Huhuuu
2) Terkejut dengar kasut RM15 SAHAJA!
Mesti sebelum ni tengok kasut kat kedai harga sampai cecah RM150. Bila dapat je tahu harga kasut tinggal RM15, haa… apa lagi.. Sebab tu ada yang sampai sanggup panjat tembok. Haha!
3) Memang gila shopping
Korang tengok lah gambar di atas ni. Penuh dengan lautan manusia dan majoriti adalah kaum wanita. Betul lah orang kata, wanita dan membeli-belah memang tak dapat dipisahkan. Hehe
4) Kasut lama dah rabak
Manusia tak pernah puas, kasut dah ada 50 pasang kat rumah tapi masih nak yang baru. Al maklum lah minggu depan ada majlis perkahwinan member.. Kasut kena la pakai yang baru. Baru lah so fresh so clean!
5) Pantang dengar sale
Tengok akak-akak kat atas ni. Mesti pantang dengar jualan murah. Sampai sanggu panjat pagar, panjat tembok. Perhh.. semangat gila beb!
Warehouse Sale Terpaksa Dibatalkan
Walaubagaimana pun, Warehouse Sale yang berlangsung di Glenmarie tu terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan. Bagi yang plan nak pergi serbu warehouse tu hari ni lupakan je lah ye? Hehe