Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kebakaran yang berlaku di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Menurut laporan pihak berwajib, kejadian tersebut berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dalam tempoh beberapa jam sahaja, gambar-gambar dan video kejadian kebakaran itu telah tersebar di laman sosial. Bercampur-baur perasaan kami bila gambar dan video insiden ni. Takut, sedih, dan paling utama kasihan dengan pesakit-pesakit dan kakitangan hospital yang terlibat. Tak boleh gambarkan betapa gempitanya keadaan di sana waktu kejadian ni berlaku…
Antara Pengalaman Cemas Pesakit Ketika Kejadian Berlaku…
Api Marak, Beramai-Ramai Keluar Selamatkan Diri!
Api tgh marak di wad tgkt 2 HSA, JB. Bomba tgh bertungkus lumus padamkan kebakaran.
Posted by Aida Arssad on 24hb Oktober 2016
https://www.facebook.com/anne.fatonna.hann/videos/vb.1539260686/10211211461112555/?type=2&theater
Video-video yang sempat dirakam ini menunjukkan detik cemas ketika api sedang marak dan cuba dipadamkan oleh bomba. Kakitangan hospital bertungkus-lumus memindahkan pesakit ke luar hospital. Pesakit-pesakit mengerah kudrat untuk berjalan demi menyelamatkan diri daripada kebakaran.
Elakkan Spekulasi!
Pelbagai spekulasi tentang punca dan susulan kejadian tersebar di WhatsApp dan laman-laman sosial. Ada yang kedengaran begitu tragis. Sebaiknya kita tidak menyebarkan berita yang tidak sahih kerana ia akan mengundang panik kepada orang ramai, terutamanya keluarga pesakit.
Makluman Bomba- Operasi Tamat!
25/10/2016: KEBAKARAN HOSPITAL TINGKAT 2, WAD ICU SELATAN, HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BHARU 8.56 pagi. 2 mangsa dikhuatiri terperangkap pic.twitter.com/wuoi6Jyl8c
— BOMBA (@bombaJBPM) October 25, 2016
25/10/2016: KEBAKARAN HOSPITAL TKT 2, WAD ICU SELATAN, HOSPITAL SULTANAH AMINAH, J.BHARU 8.56 pagi. OPERASI MASIH DIJALANKAN. HARAP MAKLUM pic.twitter.com/m95YLIwuwA
— BOMBA (@bombaJBPM) October 25, 2016
SUSULAN KES HOSPITAL TERBAKAR DI JB Mgsa yg dikeluarkan 6 org – 1 hidup & 5 maut. Ops mcari teruskan krn masih ada lagi 1 mgsa terperangkap
— BOMBA (@bombaJBPM) October 25, 2016
25/10/2016: SUSULAN KES HOSPITAL TERBAKAR DI JOHOR BAHRU – Mangsa terakhir telah dijumpai maut #BOMBA
— BOMBA (@bombaJBPM) October 25, 2016
25/10/2016: MAKLUMAN AKHIR SUSULAN KEBAKARAN HOSPITAL DI JOHOR BAHRU: Mangsa terperangkap 7 orang – 6 maut & 1 selamat. Operasi ditamatkan pic.twitter.com/eg2aMCJfvY
— BOMBA (@bombaJBPM) October 25, 2016
Dimaklumkan mengenai kebakaran di Hosp Sultanah Aminah. @KKMPutrajaya & pihak @bombaJBPM sdg uruskan keadaan. Sy sdg tggu laporan terkini
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 25, 2016
Diatas merupakan kronologi susulan kes yang dilaporkan oleh pihak bomba melalui laman twitter rasmi bombaJBPM, serta video kenyataan rasmi oleh pihak polis tentang kejadian ini. Inalilahiwainalilahirojiun… Semoga urusan keluarga mangsa dipermudahkan dan peristiwa ini dijadikan peringatan buat kita semua.
Sumber: Aida Arssad, Astro Awani, Twitter bombaJBPM, Utusan Online