Bagi yang tidak tahu, Imbak Canyon merupakan tempat tumpuan pelancong dan kawasan air terjun yang terletak di sebelah utara Maliau Basin, Sabah.
Namun, apa yang mahu kami kongsikan ialah foto-foto percutian Maya Karin bersama Remy Ishak ke Imbak Canyon. Bukan sekadar bercuti berdua, pasangan selebriti ini turut disertai oleh pakar ekologi, pencinta alam, rakan-rakan dan juga wakil dari Yayasan Sabah.
Kalau anda peminat Maya Karin, kami pasti anda sudah tahu dengan hobi pelakon wanita ini yang suka melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung. Tak hairanlah kalau sekadar digigit pacat pun, Maya boleh relax ambil gambar lagi. Awesome kan?