Sebelum ini pelakon berbakat, Johan As’ari pernah digosipkan bercinta dengan Nabila Huda namun kedua-duanya mengatakan yang mereka hanyalah kawan baik.
Tidak lama selepas tu, Nabila mendedahkan teman lelaki barunya iaitu Nas-T dan baru-baru ini Johan juga mengakui yang hatinya kini milik seseorang tetapi enggan mendedahkan siapa wanita yang dimaksudkan itu.
Apa yang saya boleh kongsi setakat ini, ada seseorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Makkah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat.
Johan juga menyatakan antara sebab dia tertarik dengan wanita itu adalah kerana si dia pandai menjaga solat.
Apabila seseorang isteri itu menjaga solat, maka rumah tangga itu akan bertambah seri kerana doa seorang isteri itu dimakbul Ilahi. Sudah tentu dia akan mendoakan yang baik-baik buat suaminya.
Selain itu, dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Saya jujur mahu menyuntingnya dan sedang berusaha ke arah itu. Insya-Allah, seandainya ada jodoh, adalah berita gembira nanti dan saya akan maklumkan kepada rakan media serta peminat.
Nampaknya Johan bersungguh-sungguh untuk mendirikan masjid dengan wanita bertuah ini. Kami doakan semoga niat baik mereka dipermudahkan. Orang kata perkara yang baik jangan dilengahkan, betul tak?
Source: Malaysian Digest