Cuaca hari ini walaupun mendung bahangnya tetap terasa. Bertambah panas apabila kami terdengar gosip mengenai seorang pelajar Akademi Fantasia musim ini.
Menurut sumber-sumber, keluarga pelajar ini selalu mempromosikan anaknya kepada rakan-rakan. Baguslah begitu, support karier anak.
Tapi apa yang buat kami terkejut adalah mereka sanggup berhabis kira-kira RM5,000 setiap minggu semata-mata untuk mengundi anak sendiri. Jika diambil kira daripada minggu pertama hingga kini, merek sudah berhabisan sebanyak RM35,000!
Adel jadi mangsa penyingkiran minggu lalu
Tak kisahlah walaupun persembahannya suam-suam kuku, asalkan anak mereka dapat beraksi di pentas final nanti.
Sampai macam tu sekali tau! Bukanlah kami nak menyibuk. Duit itu hak mereka, jadi suka hati merekalah kan? Tapi apa yang merunsingkan kami adalah prestasi pelajar ini yang sangat lemah.
Sekiranya pelajar ini menang pasti ramai tertanya-tanya apakah nilai yang ada pada bakatnya.
Secara rasional, kami kasihan pada pelajar-pelajar yang lebih berbakat dimana mereka terpaksa melalui penyingkiran dan mengharapkan undian peminat.
Benarlah kata orang, ada wang semua pun boleh jadi.