Rata-rata masih ramai tertanya mengenai perpisahan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally, tempoh hari. Terbaru, Nazim Othman berkongsi foto bersama Bella Dally disaat meluangkan masa terakhir bersama-sama. Malah, hari berkenaan mereka meluahkan isi hati masing-masing sebelum membuat keputusan untuk berpisah.
Disaat perpisahan itu, abang kepada Bella Dally iaitu Affendy Ali berkongsi kata semangat buat adik perempuannya di laman Instagram. Boleh tahan juga peribahasa English Affendy Ali ini, penuh tersirat.
Lepas ini lebih fokus pada kerjaya
In the recent weeks, my sister had an Ariani Raya Show to put on, wrap up one of her longest production shoots for a TV drama, launch and debut her first business endeavour (selling cookies for Raya) and plan for a family raya vacay – all these sandwiched in between formalising her divorce.
.
Yet, she remained steadfast, resilient, poised and elegant along the way – like a swan paddling so hard to keep itself afloat. Not letting anyone or anything dull her sparkle.
.
To say the least, the dog days are over. Drama should only be produced for TV and toxicity should be left at bay. After all, a tiger cannot change his stripes.
.
Here’s to steering life forward with more grit, grace and grandeur, you little swan x
Sejak kebelakangan ini, Affendy Ali mendakwa adiknya sibuk dengan acara peragaan, penggambaran drama TV, pelancaran perniagaan biskut dan sibuk membuat persiapan percutian raya bersama keluarga tersayang.
Malah, Bella lebih fokus terhadap kerjaya dan tidak menjadikan alasan perpisahan bersama Nazim sebagai pematah semangat dalam hidupnya. Dia perlu berusaha mencari sumber pendapatan sendiri bagi menampung hidup. Bella disifatkan seorang yang profesional kerana tidak melibatkan masalah rumah tangga dalam soal kerjaya.
Sumber: Affendy Ali