Pergolakan rumahtangga antara Alyah dan Ramli MS masih hangat diperkatakan. Nak-nak apabila Alyah secara tiba-tiba memadam beberapa keping foto yang dimuat naik sebelum ini.
Bukan saja foto ‘wanita’ itu dipadam, malah kenyataan Alyah selepas kecoh suaminya berkahwin dua turut dibuang dari laman Instagram.
Persoalannya, apa yang berlaku sehingga Alyah bertindak demikian?
Artikel Berkaitan : [PANAS] 10 Kronologi Krisis Rumah Tangga Ramli MS – Alyah
Alyah muat naik video
Namun, malam tadi Alyah telah memuat naik sebuah video #throwback sewaktu dirinya berada di tanah suci Mekah.
Sayu hati kami melihat Alyah. Iyalah, hati siapa yang tak sedih apabila diduga dengan masalah seperti ini kan!
Caption sayu meruntum jiwa
Yang menarik perhatian kami adalah caption yang ditulis seolah-olah menunjukkan Alyah kini pasrah dengan apa yang terjadi terhadap rumahtangganya.
#throwback semoga diberi peluang utk aku kesana lagi.Hanya dia yg maha mengetahui.
Yang menjadi persoalannya, mengapa Alyah memadam kesemua kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini?
Hmm, apa jawapannya, kita sama-sama tunggu dan lihatlah ye? Apapun, kita doakan rumahtangga pelantun lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ ini dapat diselesaikan dengan baik.